09 January 2009

HMT329 : Analisis Kontrastif - Israel VS Palestin

Objektif kuliah HMT329 hari ini ialah melihat analisis kontrastif selain daripada aspek sintaksis dan objektif khusus kuliah ialah membuat perbandingan (perbezaan dan persamaan) antara unsur X dan unsur Y.

Aktiviti semasa kuliah hari ini ialah aktiviti aktiviti soal jawab iaitu dr. Radiah telah mengemukakan beberapa soalan kepada para pelajar. Soalannya ialah :
1. Apakah Palestin
2. Apakah Israel
3. Perbandingan antara Palestin dan Israel
4. Perbandingan jawapan pelajar dengan maklumat yang terdapat di Internet mengenai Palestin dan Israel.

Jawapan pelajar bagi soalan pertama ialah :

13. Negara yang sedang dijajah.
15. sebuah negara Islam.
17. Negara yang selalu kena bom.
23. Negara yang tidak stabil
25. rakyat yang ditindas
27. rakyat yang hidup dalam derita
29 banyak rakyat yang terkorban

Jawapan pelajar bagi soalan yang kedua ialah :

2. Sebuah negara Kristian
4. Kejam, menindas, membunuh
6. Sebuah Negara yang tidak bercampur dalam hal politik
10. Sebuah Negara yang mempunyai pemimpin yang kejam.
8. Peperangan yang menyebabkan rakyat terkorban.
14. Negara yang mempunyai pemimpin yang bijak berkomunikasi.

Jawapan pelajar bagi soalan yang ketiga ialah :

28. Israel lebih kuat daripada Palestin
24. Israel negara yang menindas, Palestin negara yang menindas.
9. Mempunyai agama yang berlainan. ( sukarela )
15. Israel ialah negara yang lebih kuat berbanding dengan palestin.(sukarela)
12. Wujud konflik politik antara kedua-dua negara.(sukrela)
8. Sebagai akibat rakyat yang menerima penindasan dan penderitaan. (sukarela)

Ulasan :
jawapan yang diberikan oleh pelajar bernombor 28, 24, 9, 15 dan 12 ternyata memperlihatkan unsur perbandingan antara dua unsur ( iaitu jawapan-jawapan yang terdapat dalam soalan 1 dan 2). Para pelajar memberikan jawapan dengan menyertakan hujah atau bukti yang menyokong jawapan mereka. Misalnya, jawapan pelajar nombor 28, iaitu Israel lebih kuat daripada palestin, pelajar tersebut mengatakan bahawa antara bukti Israel lebih kuat daripada Palestin ialah Israel negara yang menjajah manakala Palestin ialah negara yang sedang dijajah (bukti ini dipetik dari jawapan pelajar pada soalan 1 dan 2). Namun, jawapan pelajar bernombor 8 tidak memperlihatkan perbandingan, tetapi lebih kepada pernyataan

Jawapan pelajar bagi soalan yang keempat ialah :

Untuk menjawab soalan ini, kami perlu mencari maklumat berkenaan Palestin dan Israel dari sumber internet dan membandingkan jawapan yang kami berikan dengan maklumat yang terdapat di internet berkenaan Israel dan palestin.

i) N ombor 22, 7 dan 5 membuktikan melalui Wikipedia bahawa jawapan yang diberikan oleh nombor 25 dan nombor 4 adalah betul, iaitu mengesahkan Israel dan Palestin berkonflik dalam artikel Israeli Palestine konflik
ii) Nombor 6 dan nombor 11 membuktikan bahawa rakyat Israel tidak semestinya beragama Kristian tetapi juga menganut agama yang berlainan.
iii) Nombor 10 dan nombor 26 membuktikan bahawa sememangnya terdapat konflik antara kedua-dua negara berdasarkan jawapan yang diberikan oleh nombor 12 ( dipetik daripada Wikipedia yang bertajuk “Konflik Israel Palestin )
iv)Nombor 27, nombor 29 dan nombor 8 membuktikan bahawa rakyat memang hidup dalam derita berdasarkan jawapan yang diberikan oleh pelajar nombor 27. ( dipetik daripada Utusan Malaysia online )

08 January 2009

HMT329 : Israel gempur Gaza





Sememangnya Bahasa Melayu mematuhi pola Subjek +Kata Kerja + Objek.

Siti Zaliha binti Mangit
Maisarah Abdul Karim

07 January 2009

HMT329 : Dialek Melayu Sabah <> Bahasa Melayu Baku

1. Dia sudah kasi balik buku Psikolinguistik sama aku.
Dia sudah memulangkan buku Psikolinguistik kepada saya.

2. Kasi kawan ba aku pigi Bukit Jambul.
Tolong temankan saya ke Bukit Jambul.

3. Setiausaha PBB kata, serangan di sekolah tu paling biadap.
Setiausaha PBB mengatakan bahawa serangan di sekolah itu merupakan perbuatan yang paling biadap.

4. Arwah Azmi sudah kena kubur tadi pagi.
Arwah Azmi telah dikebumikan pada pagi tadi.

5. Miza pigi kuliah psikolinguistik naik bas.
Miza pergi kuliah psikolinguistik dengan menaiki bas.

6. Kami pernah sesat bah masa jalan-jalan di KOMTAR.
Kami pernah tersesat semasa berjalan-jalan di KOMTAR.

7. Pen aku kena curi masa belajar di libry.
Pen saya telah dicuri semasa belajar di perpustakaan.

8. Makan suda?.
Kamu sudah makan?.

9. Aku inda pernah makan laksa Penang.
Saya tidak pernah makan laksa Penang.

10. Aku buat blog ni sebab kena suruh Dr. Radiah.
Saya mencipta laman web ini kerana telah disuruh oleh Dr. Radiah.