30 March 2009

HMT329 : Analisis Kontrastif -laporan perjalanan ke Gurney

Pada 22 Mac 2009, kami kerabat kursus HMT329 telah memulakan pengembaraan ke Gurney. Namun, pengembaraan kami kali ini bukanlah seperti pengembaraan kami ke Queens Bay pada semester yang lalu iaitu dengan berjalan kaki. Sebaliknya, rombongan kami menaiki bas Milan ke KOMTAR sebelum meneruskan perjalanan ke Padang Kota, kemudian berhenti seketika di Jeti untuk menaiki bas ke Gurney.

Di sinilah tempat kami menunggu bas....Naik bas free...

Sepanjang pejalanan ke Gurney, banyak papan tanda, "banner" dan sebagainya yang memperlihatkan kesalahan tatabahasa diambil. Berikut merupakan hasil tinjauan dan penelitian kami tentang kesalahan penggunaan tatabahasa sepanjang perjalanan ke Gurney.

1. Kesalahan penulisan preposisi "di"

Menurut Nik Safiah Karim (2006 : 252), kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Contohnya :

"Azhar berdiri di hadapan cermin"

Ayat di atas menunjukkan penulisan preposisi "di" yang betul kerana "di" dieja terpisah daripada kata nama arah "hadapan". Namun, berdasarkan pengamatan kami sepanjang perjalanan ke Gurney, terdapat banyak kesalahan penulisan "di" pada papan tanda dan sebagainya. Lihat gambar di bawah:

kesilapan "di" yang ditulis sebagai "disebelah"

Kesilapan "di" yang ditulis secara rapat "dikalangan".Sepatutnya ditulis sebagai "di kalangan"

2. Kesilapan penulisan imbuhan "-di"

Menurut Nik Safiah Karim, afiks "-di" merupakan afiks yang berfungsi sebagai penanda ayat pasif. Afiks ini perlu dieja bercantum dengan kata yang mengikutinya untuk membentuk ayat pasif. Lihat contoh di bawah:

"buku itu dibaca oleh Ahmad"

Ayat di atas menunjukkan penulisan "di" sebagai afiks yang tepat. Afiks "di" dieja bercantum dengan kata kerja "baca" untuk membentuk kata kerja pasif "dibaca". Namun, berdasarkan pengamatan kami sepanjang perjalanan ke Gurney, terdapat banyak kesalahan penulisan "di" pada papan tanda dan sebagainya. Lihat gambar di bawah:

kesilapan "di" yang ditulis sebagai "di-larang" dan "di-hadapan"

kesilapan "di" yang ditulis sebagai "di larang"

Kemudian, semasa di Gurney, kami telah menemubual beberapa pekedai yang berada di situ. Kebanyakan pekedai yang ada di situ berbangsa cina. Namun, apa yang menarik, sewaktu salah seorang ahli kumpulan kami yang berbangsa cina iaitu Chan Yan Yi bertanya sesuatu kepada salah seorang penjaga kedai kasut yang juga berbangsa cina dalam bahasa Melayu, penjaga kedai tersebut menjawab dalam bahasa Melayu.

Dialog pengkaji dengan responden.

Chan Yan Yi : Ada saiz 48?
Responsen : Ada

Namun, tidak dinafikan, terdapat juga percampuran kod pertuturan yang dilakukan oleh kebanyakan pekedai dan pengunjung. Misalnya, semasa kami bertanya soalan kepada seorang pekedai cina dalam bahasa Melayu, pekedai tersebut menjawabnya dengan mencampur adukkan bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris

Senarai ahli

Chan Yan Yi (2)
Maisara Abd. Karim (10)
Siti Zaliha binti Mangit (26)

HMT329 : Analisis Kontrastif - perjalan ke Gurney

05 February 2009

HMT329 : Analisis Kontrastif - Cara menyebut Selamat Tahun Baru Cina dalam 3 dialek bahasa Cina

Cara menyebut Selamat Tahun Baru Cina dalam 3 dialek bahasa Cina

1. Gung Hi Fat Choi - Hakka
2. Gong Xi Fa Chai - Mandarin
3. Gung Hei Fat Choi - Kantonis

Analisis Kontrastif : Perbandingan Konsep Milik/Punya

Pendahuluan

Kertas ini akan membandingkan persamaan dan perbezaan konsep punya antara bahasa Melayu Standard dengan Dialek Melayu Sabah dan Dialek Melayu Brunei.

Analisis

Setelah dianalisis, didapati bahawa memang terdapat perbezaan anatar bahasa Melayu Standard dengan Dialek Melayu Brunei apabila mengungkap konsep punya atau milik seperti contoh di bawah :

1. Bulihku pinjam pinsilmu ? <> Boleh aku pinjam pensil ko ka ? <>
Boleh saya pinjam pensil awak ?

Dalam ayat di atas, konsep punya bagi Dialek Melayu Brunei diungkap sebagai ”mu” manakala konsep punya Dialek Melayu Sabah diungkap sebagai ”ko”untuk merujuk konsep punya ”awak” dalam bahasa Melayu Standard. Hal ini menunjukkan bahawa memang terdapat perbezaan antara Dialek Melayu Brunei, Dialek Melayu Sabah dan bahasa Melayu Standard dalam konsep punya. Tetapi kedudukan konsep punya di antara keduanya adalah sama, iaitu berada selepas kata nama (benda yang dimiliki).

Dalam Dialek Melayu Brunei, jika benda yang dimiliki + Kata Ganti Diri Kedua, kata nama dan kata ganti nama akan dieja bercantum. Namun dalam Dialek Melayu Sabah dan bahasa Melayu Standard, konsep milik dan benda yang dirujuk akan dieja terpisah.

2. Ani mama si Siti dan ani mamaku <> Ini mama si Siti dan ini mama aku <>
Ini emak Siti dan ini emak saya.

Dalam ayat di atas, terdapat persamaan antara Dialek Melayu Brunei dan Dialek Melayu Sabah dalam mengungkap konsep punya iaitu penggunaan perkataan ”si” bagi merujuk kata nama. Hal ini menunjukkan bahawa memang terdapat persamaan antara Dialek Melayu Brunei dan Dialek Melayu Sabah. Manakala dalam bahasa Melayu Standard konsep punya tidak terdapat perkataan ”si” merujuk kata nama.

3. Atu rumah diorang <> Itu rumah durang <>
Itu rumah mereka

Dalam ayat di atas, konsep punya bagi Dialek Melayu Brunei diungkap sebagai ”diorang” manakala konsep punya Dialek Melayu Sabah diungkap sebagai ”durang”untuk merujuk konsep punya ”mereka” dalam bahasa Melayu Standard. Hal ini menunjukkan bahawa memang terdapat perbezaan dari segi ejaan antara Dialek Melayu Brunei, Dialek Melayu Sabah dan bahasa Melayu Standard dalam konsep punya. Tetapi kedudukan konsep punya di antara keduanya adalah sama, iaitu berada selepas kata nama (benda yang dimiliki).

Dalam Dialek Melayu Brunei dan Dialek Melayu Sabaha, jika benda yang dimiliki + Kata Ganti Diri Ketiga, kata nama dan kata ganti nama akan dieja terpisah.

Kesimpulan

Daripada analisis di atas, didapati memang terdapat perbezaan dan persamaan antara Dialek Melayu Brunei, Dialek Melayu Sabah dan bahasa Melayu Standard dalam mengungkap konsep milik atau punya.

Nama :

1.Siti Zaliha bt. Mangit.
2.Ezawati Hanim @ Dk Nasibahanim Pg Hj Bakar.

04 February 2009

HMT329 : Analisis Kontrastif - Lagu Untukmu-MUH

Pengenalan kepada kumpulan Meet Uncle Hussin.

Kumpulan meet Uncle Hussain ini ditubuhkan pada tahun 2001. Ramai mula buka mata melihat kejayaan yang mereka kecapi. Tapi banyak tidak tahu bahawa kumpulan yang ditubuhkan 2001 itu masih belum mempunyai album penuh.
Sebelum ini kebanyakan kerjaya seni mereka hanya dilakukan sendiri dan mereka juga bergerak sendiri. Lagu Untukmu itu dicipta oleh Taja, Tass dan Lan pada 2005 bersama lagu Putihnya Lukisan.
Untuk lagu Halusinasi dan Pari-Pari Di Bawah Angin pula telah dicipta pada 2003. Walaupun agak lama, tetapi peminat masih lagi menerima lagu tersebut dan masih setia bersama kumpulan ini.
Meet Uncle Hussain mengorak langkah seterusnya dengan terhasilnya album 7 Tahun 3 Bulan 90 Hari pada tahun lalu. Walaupun ia hanya E.P yang memuatkan empat lagu tapi jalur muzik yang mereka bawa benar-benar diterima ramai.

Lagu Untukmu

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku

Bahagia kau dan fikiranmu
Berbeza
Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Apakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukup oh cukuplah

Tak faham tak faham
Tak dapat ku faham
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Kunci dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua

Analisis kontrasti lagu meet uncle hussain

Secara keseluruhannya, lagu ini dicipta untuk menggambarkan kekecewaan penyanyi kepada sikap kekasihnya yang tidak setia.

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku

Pada rangkap pertama ini, MUH menyatakan kekecewaannya terhadap kekasihnya. Buktinya, beliau mengatakan ”Tiada bintang dapat menerangkan hati yang telah dicelah
bagaiku lumpuh tak mampu berdiri”. Namun, dalam perenggan ini juga beliau menyatakan kesetiaannya kepada kekasihnya apabila mengungkapkan ayat ” Aku tetap begini takkan berubah kerna aku tetap aku”.

Bahagia kau dan fikiranmu
Berbeza
Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Dalam perenggan ini, beliau semakin dapat menerima kenyataan kecurangan kekasihnya apabila mencipta perenggan kedua ini. Ayat yang menggambarkan beliau semakin mendapat kenyataan tentang kecurangan kekasihnya terdapat pada ayat “dua hati yang tak mungkin bersatu”

Apakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukup oh cukuplah

Dalam keseluruhan ayat dalam rangkap ini menggambarkan perasaan marah MUH kepada kekasihnya.

Tak faham tak faham
Tak dapat ku faham
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Kunci dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua

Akhir sekali, MUH ingin memutuskan hubungannya dengan kekasihnya. Buktinya, beliau mengatakan ” sampai di sini saja hubungan kita berdua”.

18 January 2009

HMT329: Perbandingan hubungan perkataan dengan makna dari aspek analisis kontrastif semantik

Tugasan berkumpulan

Maisarah binti Abd Karim (10)

Siti Zaliha Mangit ( 26)

Tajuk : Perbandingan hubungan perkataan dengan makna untuk berita Bernama Bahasa Melayu dan berita Bernama Bahasa Inggeris dari aspek analisis kontrastif semantik.

1.0 Pendahuluan dan tujuan

Kertas ini akan membandingkan persamaan dan perbezaan hubungan perkataan dengan makna untuk aspek kata kerja dalam berita Bernama Bahasa Melayu dan berita Bernama Bahasa Inggeris dari aspek sinonim. Tujuan perbandingan ini untuk melihat kesinoniman hubungan interbahasa iaitu bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dan intrabahasa iaitu bahasa Melayu dengan bahasa Melayu serta kesinoniman bahasa Inggeris dengan bahasa Inggeris. Menurut Indirawati Zahid, sinonimi merujuk hubungan kesamaan makna antara leksikal . Hubungan makna ini bersifat dua arah. Namun , hubungan kesamaan makna ini tidak bererti bahawa sesuatu leksikal yang dikatakan bersinonim itu boleh bergantian antara satu sama lain dalam semua situasi ( Indirawati Zahid , 2003 : 31 ). Pernyataan ini disokong oleh Lyons yang mengatakan bahawa sinonimi ialah ungkapan yang sama maknanya ( John Lyons , 1994 : 37). Dalam hal ini, kami memilih leksikal ”kenyataan” dan padanannya ialah ”statement” dalam bahasa Inggeris. Kami memilih leksikal ini secara rawak.

2.0 Kaedah kajian

Kami menggunakan korpus dari berita Bernama bahsa Melayu dan bahasa Inggeris . Tajuk berita yang dikaji ialah ”Abdullah Janji Impian Rakyat Terengganu Jadi Kenyataan” dan ditulis sebagai ” Abdullah Confident Of BN Victory In By-election”. Artikel kedua ialah artikel yang bertajuk ”Abdullah melawat tiga negara Teluk bermula Ahad” dan ditulis sebagai ” Abdullah To Visit Three Gulf Countries Beginning Sunday”.

Kemudian kami menggunakan program textSTAT untuk menganalisis data yang telah kami peroleh . Dalam program tersebut, kami menggunakan kaedah frekuensi untuk melihat keseringan dan ketertandaan sesuatu leksikal. Kami juga memindahkan data dari program textSTAT ke program microsoft office excel. Selain itu, kami juga menggunakan Kamus Dewan Bahasa untuk mencari makna leksikal bahasa Inggeris sekaligus menilai sama ada padanan leksikal bahasa Inggeris tersebut menepati makna yang digunakan oleh penulis artikel dalam berita tersebut.

3.0 Dapatan Analisis

3.1 Hubungan sinonimi intrabahasa

Berdasarkan leksikal yang dipilih, didapati kata nama ’kenyataan’ muncul sebanyak empat kali iaitu sekali dalam artikel bertajuk ”Abdullah Janji Impian Rakyat Terengganu Jadi Kenyataan” dan muncul sebanyak tiga kali dalam artikel bertajuk ”Abdullah melawat tiga negara Teluk bermula Ahad”. Lihat jadual di bawah.

Berdasarkan jadual di atas , kekerapan yang muncul bagi perkataan kenyataan ialah 4 kali . Peratus kekerapan ialah 1.072%

Pengiraan peratus kekerapan bagi leksikal ”kenyataan”.

4/373 x 100% = 1.072 %

Berdasarkan artikel yang dipilh terdapat 4 perkataan ” kenyataan” yang wujud iaitu :

i) Menurut kenyataan itu, antara kerjasama yang kini terjalin antara Malaysia dan ketiga-tiga negara teluk itu ialah dalam sektor perdagangan dan pelaburan, pelancongan, pendidikan, pembangunan infrastruktur, perbankan Islam dan bina upaya manusia.

ii) menurut kenyataan itu, di Qatar, Abdullah dijangka mengadakan pertemuan dengan Emir Qatar,

iii) Menurut kenyataan Kementerian Luar, ini merupakan lawatan rasmi pertama Perdana

Menteri ke ketiga-tiga negara Teluk itu sejak menjadi Perdana Menteri.
iv) Apa yang diimpikan oleh rakyat Terengganu tetap akan jadi kenyataan

Dalam kamus Dewan Edisi Baru (1989 : 869) terdapat 4 maksud ”kenyataan”:

1. Perihal nyata, kejelasan, keterangan

2. Keadaan atau hal yang nyata, kebenaran

3. Sesuatu yang dinyatakan

4. Sudah nyata, terbukti, ternyata

Berdasarkan 4 contoh ayat di atas, ayat (i) hingga (iii), leksikal ”kenyataan” membawa maksud ”perihal nyata, kejelasan dan keterangan. Manakala, ayat (iv) pula, ”kenyataan” membawa makna ”keadaan atau hal nyata, kebenaran”.

Hal ini dapat dibuktikan dengan menguji hubungan kata secara paradigmatik.

Contoh :

Kenyataan yang bermaksud hal yang nyata atau kebenaran :

i (a) "Apa yang diimpikan oleh rakyat Terengganu tetap akan jadi kenyataan”

(a’) ”Apa yang diimpikan oleh rakyat Terengganu tetap akan jadi kebenaran

ii (a) Menurut kenyataan itu, di Qatar, Abdullah dijangka mengadakan pertemuan

dengan Emir Qatar.

(a’) Menurut pernyataan itu, di Qatar, Abdullah dijangka mengadakan pertemuan

dengan Emir Qatar.

Secara paradigmatik, dalam contoh (i) dan (ii) , kenyataan boleh bergantian secara paradigmatik dengan perkataan kebenaran, dan ”kenyataan” juga boleh bergantian dengan leksikal ”pernyataan”. Hal ini kerana apabila melihat konteks ayat, ia membawa makna yang sama .

Dalam artikel bahasa Inggeris pula, leksikal statement muncul sebanyak 4 kali iaitu Peratus kekerapan ialah 1.31%.

Pengiraan peratus bagi leksikal ”statement”.

4 / 306 x 100% = 1.31%

Empat perkataan ” statement” yang wujud iaitu :

i) According to a Foreign Ministry statement here on Thursday, this is Abdullah's first visit to

the oil-rich states since becoming Prime Minister.

ii) According to the statement, while in Qatar, Abdullah is scheduled to meet Qatar's Emir

Sheikh Hamad bin Khalifa Al-Thani and his counterpart Sheikh Hamad bin Jasim bin Jabir Al-Thani while in UAE , the Prime Minister is scheduled to meet his counterpart Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum and Abu Dhabi Crown Prince General Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.

iii) The statement added that the Prime Minister was scheduled to visit several project sites

of Malaysian companies and also give keynote addresses at business forums in Bahrain and Qatar

iv) In the delegation meetings with the three countries, the statement said issues of bilateral,

regional and international cooperation as well as areas of common interest like Israel's

invasion of Gaza would be discussed.

Melalui laman web (http://ardictionary.com/Statement/14626, 22.januari.2009) dalam bahasa Inggeris, “statement” membawa 5 maksud:

* The act of stating reciting or presenting , orally or in paper as, to interrupt a speaker in the statement of his case.

* That which is stated; a formal embodiment in language of facts or opinion; a narrative; a recital.

* A document showing credits and debits.

* (computer science) a line of code written as part of computer program

* A fact or assertion offered as evidence that something is true; “it was a strong argument that his hypothesis was true”

* A massage that is stated or declared; a communication (oral or written) setting forth particulars or facts etc; “according to his statement he was in London on that day”

* A nonverbal massage; “ a Cadillac makes a statement about who you are”; “his tantrums are a statement of his need for attention”

* (music) the presentation of a musical theme; ‘the initial statement of the sonata”

* The act of arrirming or assertingor stating something

Dalam hal ini, melihat 4 contoh ayat di atas, “statement” dalam konteks ayat membawa makna “The act of stating, reciting, or presenting, orally or in paper; as, to interrupt a speaker in the statement of his case”. Oleh hal yang demikian, makna dalam keempat-empat ayat di atas adalah sama. Justeru, hubungan sinonim dapat dilihat melalui ayat tersebut.

3.2 Hubungan sinonimi interbahasa.

Kami juga melihat hubungan sinonimi leksikal ’ statement ’ . Hal ini menurut kamus dewan Inggeris Melayu ( 1992:1594 ) , ”statement” membawa maksud ”pernyataan” dalam bahasa Melayu. Hal ini boleh dibuktikan dengan ayat di bawah:

i. Menurut menurut kenyataan itu, di Qatar, Abdullah dijangka mengadakan pertemuan dengan Emir Qatar,

ii According to the statement, while in Qatar, Abdullah is scheduled to meet Qatar's Emir

Berdasarkan ayat di atas, terbukti, leksikal “kenyataan” dan “ststement” bersinonim.

4.0 Penutup

Kesimpulannya, dalam artikel ini leksikal kenyataan tidak bersinonim sama ada dalam hubungan interbahasa atau intrabahasa.

5.0 Rujukan

Indirawati Zahid , 2003 . Semantik Leksikal : Penjenisan dan Hubungan Makna . Dewan Bahasa . Kuala Lumpur

John Lyons , 1992 . Bahasa dan Linguistik suatu Pengenalan . Dewan bahasa dan Pustaka , Kementerian Pendidikan Malaysia . Kuala Lumpur

Kamus Dewan Edisi Ketiga , 1994 . Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia , Kuala Lumpur

Kamus Dewan Inggeris Melayu , 1992 . Dewan Bahasa dan Pustaka , Kementerian Pendidikan Malaysia .

22. Januari. 2009 http://ardictionary.com/Statement/14626 Accurate & Reliable Dictionary.