07 January 2009

HMT329 : Dialek Melayu Sabah <> Bahasa Melayu Baku

1. Dia sudah kasi balik buku Psikolinguistik sama aku.
Dia sudah memulangkan buku Psikolinguistik kepada saya.

2. Kasi kawan ba aku pigi Bukit Jambul.
Tolong temankan saya ke Bukit Jambul.

3. Setiausaha PBB kata, serangan di sekolah tu paling biadap.
Setiausaha PBB mengatakan bahawa serangan di sekolah itu merupakan perbuatan yang paling biadap.

4. Arwah Azmi sudah kena kubur tadi pagi.
Arwah Azmi telah dikebumikan pada pagi tadi.

5. Miza pigi kuliah psikolinguistik naik bas.
Miza pergi kuliah psikolinguistik dengan menaiki bas.

6. Kami pernah sesat bah masa jalan-jalan di KOMTAR.
Kami pernah tersesat semasa berjalan-jalan di KOMTAR.

7. Pen aku kena curi masa belajar di libry.
Pen saya telah dicuri semasa belajar di perpustakaan.

8. Makan suda?.
Kamu sudah makan?.

9. Aku inda pernah makan laksa Penang.
Saya tidak pernah makan laksa Penang.

10. Aku buat blog ni sebab kena suruh Dr. Radiah.
Saya mencipta laman web ini kerana telah disuruh oleh Dr. Radiah.

No comments:

Post a Comment